Pembunuhan kejam terhadap jutawan
kosmetik terkenal tanahair, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang
rakannya iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim yang juga peguam peribadi beliau,
pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, dan
seorang lelaki yang dipercayai pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin
bukan sesuatu yang baru dalam kamus jenayah kejam di Malaysia. Terdapat
beberapa nama penjenayah yang tersemat kemas dalam penjenayah kejam di
Malaysia. Antara yang paling terkenal adalah Mona Fendy atau nama sebenarnya Maznah Ismail.
Mona Fendy yang dikaitkan dengan pembunuh ahli politik yang berasal
daripada Pahang, Datuk Mazlan dikatakan mengamalkan ilmu hitam. Beberapa
bahan bukti yang dibawa ke mahkamah seperti tongkat dan songkok
mengesahkan lagi dakwaan itu.
Walaubagaimanapun,
terdapat juga jenayah kejam seperti pembunuhan Nurin Jazlin tidak dapat
diselesaikan sepenuhnya kerana suspek utamanya masih belum dapat
ditangkap. Pembunuh yang digelar lelaki kucing itu masih lagi berkeliaran dan hanya menunggu masa dan ketika untuk ‘meragut’ nyawa baru.
Namun, ini tidak bermakna pihak berkuasa di Malaysia tidak cekap. Pihak berkuasa sehebat Scotland Yard dan NYPD
sekalipun, terdapat beberapa kes tidak mampu diselesaikan dek kerana
kekurangan bukti dan maklumat penjenayah. Antara yang kes paling
terkenal yang sehingga kini belum dapat ditangkap pembunuhnya adalah kes
Jack the Ripper, Claveland Torso Murderer (Pembunuh Claveland Torso) dan Zodiac Killer(Pembunuh Zodiac).
Okey, kali ini penulis ingin menyenaraikan beberapa penjenayah kejam yang telah mengemparkan Malaysia suatu ketika dahulu. Teruskan membaca:
1. Mona Fendy-23 Julai 1993
Penjenayah
yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh
dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris
dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya
Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan
bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.
Mona
terkenal sebagai bomoh kepada beberapa ahli politik tanahair telah
menawarkan Datuk Mazlan tongkat dan azimat yang menurutnya milik bekas
Presiden Indonesia, Sukarno dengan harga 2.5juta ringgit. Datuk Mazlan
yang menganggap Mona sebagai bomoh peribadinya bersetuju namun beliau
membayar terlebih dahulu wang pendahuluan sebanyak RM500,000.
Episod
ngeri bermula apabila Datuk Mazlan disuruh berbaring dan mengadap ke
siling. Mona dan Affendi menyakinkan Datuk Mazlan bahawa ‘duit akan
turun daripada langit’. Namun, ia hanya helah Mona dan Affendi. Juraimi
yang telah menerima arahan daripada Mona dan Affendi telah menetak leher
Datuk Mazlan. Selepas itu, Juraimi secara berseorangan mengerat 18
anggota badan Datuk Mazlan.!
Mona
dan Juraimi akhirnya tertangkap apabila dilihat membeli-belah secara
rakus hasil wang daripada Datuk Mazlan yang telah dibunuhnya.
Tersebarnya kisah pembunuhan Datuk Mazlan yang dikerat 18 telah
menggerunkan seluruh rakyat Malaysia tambah-tambah dengan dakwaan bahawa
Mona adalah seorang bomoh.
Mona,
Affendi dan Juraimi akhirnya telah dihukum gantung sampai mati pada 2hb
November 2001 bersamaan hari Jumaat. Mayat Mona dikebumikan di kampung
halamannya di Pahang. Paling diingati adalah Mona sempat tersenyum
sambil berteriak ‘aku takkan mati’ sebelum beliau dihukum
gantung. Ya, beliau sehingga hari ini ‘tidak pernah mati’ dalam kamus
jenayah di Malaysia. Jenayah yang beliau lakukan bagaikan penanda aras
jenayah kejam di Malaysia.
2. Pembunuhan Noritta Samsuddin-25 Disember 2003
Kes
pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga
ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta
Samsuddin masih belum terjawab. Miskipun Jurutera awan di sebuah badan
kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta,
22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri
Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan
dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan
mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati
akibat kekurangan bukti.
Mayat
Noritta ditemui dalam keadaan menyayatkan hati di mana mayatnya dalam
keadaaan bogel diikatkan tangannya di belakang dengan wayar dijerutkan
ke leher dan mulut disumbat kain. Kaki Noritta juga diikat. Dipercayai,
Noritta telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh.
Pembunuhan
Noritta diselubungi kisah-kisah yang mengaibkan terutamanya kisah
peribadinya. Hasil autopsi pihak forensik ternyata terdapat takungan air
mani yang banyak. Ini memungkinkan bahawa mangsa telah dibunuh bukan
hanya seorang tetapi beramai-ramai. Namun, ia masih menjadi misteri
kerana sehingga hari ini, pembunuh sebenar Noritta gagal dikenalpasti.
Walaubagaimanapun, pihak polis telah menahan beberapa individu:
1. Bekas kekasih Noritta – Hanif Basree Abdul Rahman, 36. (sumber: The Star, 8 December)
2. Shahfrul Azrin Azman, seorang broker saham mata wang asing (sumber: The Star, 9 December & Harian Metro)
3.Rakan serumah Noritta. (The Star, 9 December)
4. Lim Sean Kea, 38 iaitu teman lelaki Noritta: dilaporkan beliau akan berkahwin dengan Noritta.(The Star, 9 December)
5. Kenneth Michael Yap Teik Huat dan Nor Azora Abdul Hamid, teman serumah Noritta.
6. Mikko Kouko Johannes Jarva,
seorang rakyat Finland direman 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini
semalam berhubung kes pembunuhan eksekutif pemasaran, Noritta Samsudin
di kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, 5 Disember lalu. (Berita Harian, 13 December)
7. Turut dibawa ke mahkamah untuk direman bersama-sama Mikko ialah dua lelaki, Suhaimi Sanusi, 37
8. Khairul Anuar Kamaruddin, 22, yang diperintah ditahan reman selama 10 hari oleh Majistret Arleen Ramly.
Dalam
kes Noritta Samsuddin timbul desas-desus bahawa terdapat orang kenamaan
yang terlibat sebagai perancang pembunuhan ini namun ia dinafi
sekeras-kerasnya oleh pihak berkuasa.
3. Pembunuh mendiang Canny Ong-18 Jun 2003
Penganalisis
teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di
Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam
longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya
pada 17 Jun 2003.
Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah
didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol penganalisis
teknologi maklumat (IT), Canny Ong Lay Kian. Beliau yang belajar setakat
tingkatan tiga bergenang air mata apabila hukuman mati dijatuhkan ke
atasnya. Difahamkan bahawa, Ahmad Najib membunuh mangsa hanya kerana
melihat Canny Ong yang cantik dan ramping.
Plot
tragis itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly
Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di
Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad
Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama
kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.
Mayat
Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang
pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di
atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.
Mayatnya
dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang
pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak
kereta BSC.
Kisah pembunuhan Canny Ong telah mengempar seluruh rakyat Malaysia.
4. Altantuyaa Shaariibuu-27 November 2006
Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Penganalisis
Politik, Abdul Razak Baginda,Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal
Sirul Azhar Umar ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Azilah
Hadri dan Sirul Azhar Umar adalah daripada Unit Tindakan Khas.
Mayat
Altantuyaa ditemui dalam keadaan mengerikan di mana cebisan
daging-daging mayat ditemui bertebaran di Hutan Simpan Puncak Alam,Shah
Alam, Selangor berhampiran dengan Empangan Tasik Subang. Manakala kesan
bakar akibat letupan C4 ditemui di Mukim Bukit Raja. Diakui oleh pihak
forensik, bahan letupan C4 digunakan bagi menghapuskan mayat.
Azilah(baju putih) dan Sirul(baju kuning) kelihatan berlegar-legar di Hotel Malaya di mana Altantuya menginap.
Pada
9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin memutuskan Cif
Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati
setelah didapati bersalah membunuh Altantuyaa Shaariibu, 28 manakala
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul
Razak Abdullah Baginda, 48 dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas
mahkamah gagal menyabitkan beliau dengan elemen bersubahat.
Pembebasan
Abdul Razak Baginda memberi 1001 persoalan bahawa siapakah dalang utama
dalam pembunuhan Altantuyaa Shariibu kerana pada logik akalnya Azilah
Hadri dan Sirul Azhar Umar daripada Unit Tindakan Khas adalah anggota
beruniform yang mengikut setiap arahan daripada ‘ketua’ nya. Jadi,
apabila Abdul Razak Baginda dibebaskan, siapakah ketua mereka yang
sebenarnya?
Apa yang penting dalam kes ini, setiap satu perkara diselesaikan, ia menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.!
5. Nurin Jazimin Jazlan-30 Ogos 2007
Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang melampau.
Setakat
hari ini, masih belum berlaku tangkapan berkaitan dengan pembunuhan
Nurin Jazlin Jaziman. Walaubagaimanapun, dipercayai bahawa lelaki
misteri yang digelar lelaki kucing adalah dalang utama pembunuhan Nurin Jazlin dan beberapa kanak-kanak yang dilaporkan mengalami modus operandi yang hampir sama.
Pembunuhan
Nurin Jazlin menimbulkan fenomena di kalangan masyarakat Malaysia di
mana kaum ibu merasakan tidak lagi selamat membiarkan anak-anak mereka
bermain di kawasan permainan tanpa seliaan mereka. Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah
tampil memberi beberapa saranan bagi menghindari kejadian penderaan dan
pembunuhan kanak-kanak bawah umur daripada terus berleluasa.
Akibat
daripada liputan meluas media massa, media cetak dan media elektronik,
semasa majlis perkebumiaan Nurin Jazlin Jazimin beribu-ribu orang
termasuk ahli keluarga, rakan sekolah Nurin, guru-guru sekolah Nurin,
petugas media, dan orang ramai bersesak-sesak untuk menyaksikan sendiri
buat kali terakhir kanak-kanak malang tersebut disemadikan.
Adik Nurin di pangkuan ayahandanya buat kali terakhir. Suasana suram menyelubungi majlis pengebumiaan.
Malah
semasa sembahyang jenazah adik Nurin, Abdul Aziz Elias Zahari yang
mengetuai sembahyang jenazah tersebut menangis bersama-sama ratusan
makmum ketika membaca doa kepada adik Nurin. Bergitulah kesannya
pembunuhan tragis Nurin Jazlin Jazimin pada kaca mata rakyat Malaysia.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada pihak berkuasa bagi menangkap
pembunuh sebenar adik Nurin. InsyaAllah.

![]() | ![]() ![]() | |||

















1 comment:
Casino City Hotel Reno - Mapyro
Search Casinos Near Casino City Hotel Reno on Mapyro. Casino City Hotel and Hotel in 하남 출장마사지 Reno, NV. 더킹 바카라 Mapyro 사천 출장마사지 is your trusted source of information for all 경상북도 출장샵 your 서귀포 출장마사지
Post a Comment