Sunday, January 16

Jutawan-Jutawan Internet Di Dunia

Sememangnya internet adalah lubuk duit bagi org barat khususnya. Tidak kira semua bidang..dari bidang komputer, servis, pengiklanan & jual beli online

Di sini disenaraikan beberapa nama jutawan internet yg sudah kaya raya di usia muda



Mark Zuckerberg - 26 tahun
Facebook - $4.9 Billion



Sememangnya boss kpd Facebook adalah yg terkaya. Facebook sekarang mempunyai lebih dari 500 juta ahli. Mark juga dicalonkan oleh Forbes sebagai org ke 35 terkaya di dunia


Aodhan Cullen - 27 tahun
Statcounter.com - $18 Juta 


Membuat website statisik untuk mencatat pengunjung blog dan website. Memiliki 1.5 juta ahli.






Matt Mullenweg, 26 tahun,
WordPress.com - $40 juta dollar


Selepas keluar dari CNet, Matt mencipta Wordpress. Kini, berjuta2 blogger menggunakan wordpress






Sean Belnick - 23 tahun
Bizchair.com - $42 Juta 


Ketika berumur 14 tahun, dia memiliki kedai perabut maya di internet. Dia bekerja di bilik tidurnya untuk menguruskan 100 pekerjanya






Greg Tseng & Johann Schleier-Smith - 28 Tahun
Tagged - $45 Juta


Mereka berkawan sejak Grade 7 - Sebelum ini mereka telah menubuhkan sebuah syarikat ketika di universiti (Crushlink, laman sosial untuk lelaki single yang pemalu) daripada keuntungan syarikat tersebut, mereka melahirkan Tagged






Jack Nickell - 30 tahun
Threadless.com, $50 Juta 


Threadless adalah sebuah komuniti online yang menumpukan kepada design t-shirt yang di kelolakan oleh skinnyCorpChicago, Illinois, sejak 2000. Jake Nickell memulakan syarikat dengan wang tunai hanya $ 1 000 yang dimenanginya dalam online contest design t-shirt






Alexander Levin - 26 tahun
Imageshack.us - $56 Juta


ImageShack adalah sebuah laman web hosting gambar di Internet. ImageShack mempunyai perkhidmatan melanggan, namun sebahagian besar pendapatan mereka dihasilkan daripada iklan yang berkaitan dengan hosting gambar percuma






John Vechey - 28 tahun
Popcap.com - $60 Juta


PopCap Games adalah pemaju dan penerbit game kasual Amerika yang terkemuka yang berpusat di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2000 oleh John Vechey, Brian Fiete dan Jason Kapalka, dan ketika ini mempunyai lebih daripada 180 orang staff. Sebahagian besar permainan PopCap bebas dimainkan tetapi dalam versi terhad, pemain dikenakan yuran bayaran jika ingin meneruskan permainan ke versi lengkap.

Jenama PopCap Bejeweled’s telah terjual lebih dari 25 juta unit pada hampir semua platform seperti web PC dan Mac, Xbox, Xbox 360, PlayStation 3, sel-ponsel, PDA, iPod Classic, iPhone / Touch dan peringkat mobile phone yang lain.







Angelo Sotira - 28 tahun
Devianart - $75 Juta 


DeviantArt (deviantART atau dA) adalah sebuah komuniti online Amerika dengan daya tarikan di seluruh dunia yang memaparkan pelbagai bentuk karya seni yang dicipta oleh pengguna. Pertama kali dilancarkan pada 7 Ogos 2000 oleh Scott Jarkoff, Matthew Stephens, Angelo Sotira dan lain-lain. DeviantArt, Inc berpusat di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Sejak Mei 2009, dA mempunyai lebih daripada 10 juta ahli dan menerima sekitar 105, 000 design setiap hari.Deviantart.commenarik sekurangnya 36 juta pengunjung setahun pada tahun 2008 berdasarkan kajian yang di buat oleh Compete.com.

DeviantArt bertujuan untuk menyediakan tempat bagi setiap artis untuk mempamerkan dan membincangkan karya mereka. Bekerja ditetapkan dalam struktur kategori yang komprehensif, termasuk fotografi, digital art, seni tradisional, sastera, Flash, pembuatan wayang, kulit untuk aplikasi dan lain-lain, bersama dengan sumber-sumber download yang luas seperti tutorial dan saham fotografi. “Fella,” sebuah robot kucing kecil, adalah maskot rasmi DeviantArt .






Naveen Selvadurai - 28 tahun
Foursquare.com - $80 Juta


Bekas Jurutera Sony, kemudian dia membuat Foursquare. Kurang dari 1 tahun, penggunanya melebihi 275 ribu orang. Foursquare menyediakan aplikasi popular untuk iPhone & Android.







Blake Ross - 26 tahun
Mozilla - $150 Juta 


Pada tahun 2004 dia mencipta pelayar Firefox. Selepas setahun, Firefox dimuaturun lebih dari 100 juta. Bayangkan ketika itu dia baru berumur 19 tahun.





Chad Hurley - 30 tahun
Youtube - $300 Juta


Chad Meredith Hurley (dilahirkan 1976) adalah co-founder dan Chief Executive Officer YouTube. Pada Oktober 2006, dia menjual YouTube for $ 1.65 bilion kepada Google. Hurley bekerja di division PayPal eBay dan salah satu tugas yang beliau terlibat adalah merancang logo PayPal sebelum memulakan projek YouTube dengan rakan sekerjanya, Steve Chen dan Jawed Karim. Hurley adalah antara orang penting yang bertanggungjawab dalam penandaan dan aspek dalam video YouTube






Andrew Gower - 30 tahun
Runescape.com - $650 Juta


Christopher Andrew Gower (lahir 2 Disember 1978) adalah seorang pengembang permainan Inggeris dan salah seorang pengasas Jagex Ltd, syarikat yang diasaskannya bersama Paul Gower dan Constant Tedder. Beliau membina MMORPG Runescape, dengan bantuan abangnya, Paul Gower dan juga merupakan pemimpin pemaju dalam syarikat ini.

Jagex Games Studio (atau Jagex Ltd / Jagex Software / JAGeX) adalah sebuah pengeluar permainan komputer online berpangkalan di Cambridge, Inggeris. Ini adalah terkenal dalam tiga versi daripada Runescape MMO, dan juga kerana telah menghasilkan laman permainan FunOrb dan mengembangkan ‘yang akan dirilis’ MechScape MMO. Jagex mempunyai lebih daripada 350 pekerja, dengan semua pembangunan kandungan, pengurusan, dan sokongan pelanggan diberikan terus dari rumah tempat mereka bekerja.


– Kevin Rose – Digg – 30 – $31 juta
– Robert Small – MiniClips – 24 – $23 juta
– Ryan Block – Engadget – 25 – $20 juta
– Tom Fulp – Newgrounds – 29 – $15 juta
– Rishi Kacker and Matt Pauker – Voltage – 24 – $12 juta
– Markus Frind – Plenty Of Fish – 29 – $10 juta
– Catherine and David Cook – My Year Book – 17 & 19 – $10 juta
– Fredrik Neij – The Pirate Bay – 28 – $10 juta
– DAVID LEVICH – Iced Out Gear – 25 – $10 juta
– David Hauser & Siamak Taghaddos – GotvMail – 24 – $8 juta
– Jermaine Griggs – Hear and Play – 23 – $5 juta
– Jay Westerdal – Domain Tools – 29 – $5 juta
– Ashley Qualls – What Ever Life – 17 – $3 juta
– Mario Lavandeira – Perez Hilton – 29 – $3 juta
– Ben Way – Rain Makers – 27 – $2.2 juta
– Lauris Liberts – Frype – 25 – $2 juta
– Alex Tew – Million Dollar Homepage – 22 – $1.6 juta
– Rob Benwell – Blogging to the Bank – 23 – $1.2 juta
– Matt Wegrzyn – Bodis – 19 – $1 juta




Lain-lain jutawan internet muda untuk inspirasi korang :


Remaja 16 tahun Jadi Jutawan Muda



CHRISTIAN OWENS menjadi jutawan dalam usia baru 16 tahun selepas memulakan perniagaan Internet dua tahun lalu.

NORTHAMPTON - Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).

Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.

Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan.

Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs
Ashley Qualls - Menjadi Jutawan Internet Dalam Masa 3 Tahun






Ashley Qualls merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaituwhateverlife.com
.
Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.
.
Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-layout hasil ciptaan beliau.
.
Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja pengguna MySpace seluruh dunia.


.
2007 - Iaitu setelah lebih 3 tahun whateverlife.com beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut.
.
Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti Adsense,Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang terpapar di laman web beliau.
.
Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?
.
Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada harga USD$1.5 Juta

Kebanyakan jutawan-jutawan ini adalah individu yang pandai web programming dan kemudian mereka bina website yang banyak memberi faedah untuk kegunaan umum.

Adakalanya website yang direka tidak tentu membawa apa-apa faedah tetapi antara website yang membawa trend baru dan diminati oleh umum khususnya remaja.

Jadi, adakah untuk menjadi jutawan internet hanya terhad kepada mereka yang pandai web programming sahaja?

Rasanya tidak, masih banyak lagi potensi internet. Antara skop paling popular adalah menjadi internet marketer. Sudah banyak individu apalagi di Malaysia yang buat duit puluhan atau juta sebagai internet marketer seperti Irfan Khairi




Cari sifu yang terbaik. Cipta sesuatu yg tidak pernah org lain buat @ lain dari yg lain, pastinya korang mempunyai lebih banyak benda untuk belajar
Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?
.
1. Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
2. Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
3. Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya
kepada sumber keuntungan
4. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
5. Jadi diri anda sendiri




No comments: