Sunday, December 27

JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"




Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……


Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……


Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !



“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Gadis Melampau Menerima Padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis  yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas  mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau  pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian  gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi  hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari  pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.  Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai  pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan  ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu  berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum  lelaki....'
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan  dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.  'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci  syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal  berada
di syurga atau neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat  menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak  cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada  orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil  hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di  neraka
jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah  tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah  dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan  dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan  perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang  menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan  gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan  mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina  agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba  perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka  pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain  mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua  tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan  kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang  tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang  menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu  terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk  menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu  yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi  hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat  tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan  hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka  memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi  menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah  sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu  Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan  pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali  kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw  dengan
mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak  sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan  buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan  menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan  kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja  yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.  Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka  itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda  enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan  Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,  dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh  majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara  anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga  terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda  berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah  di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman  larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara  yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita  memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar  dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita. *Dipetik dari  majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia   - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan  solat subuh mu ....
Syaitan      - Alahhhhhh, kejaplah,  ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia  - Nak makan,  laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan  Bismillah...
Syaitan    - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!  mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia  - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat    - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan      - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak  kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah  wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan     - Ahhh?awal  lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia  - Azan sudah  kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan  kewajipan
Syaitan    - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi  nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat  - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat  dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok  nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak  Adam, cegahla ia..
Syaitan     - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi  kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini  kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama  kamu..
Syaitan     - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa  susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat -  Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.  .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun  muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau  pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke  jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan     - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang  tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi  nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan  di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak  Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat  (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1.  Anda -  Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2.  Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3.  Syaitan - Tak payahlah sebuk2

    Wassalam....

Rahsia Wanita utk Lelaki

  


RAHSIA perempuan yang lelaki PERLU tahu


    1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

minta simpati laa tu

    2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

kenapa pulak?...

    3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

tak percaya

    4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

jahat...lam hati lelaki lain..tapi dating ngan org lain...

    5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

boleh makan tak?

    6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

macam beruk dapat bunga?

    7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

ikut nafsu jaa tuh

    8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

jual mahal..jadik andartu laaa

    9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

patut laa org tuh top poster jerr...

    10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

kalau bagi tau?

    11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

nak on balik pakai suis mana?

    12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua    rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

org cakap gile...........

    13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita..Jadi jangan senyum sebarangan.

senyum kan sedekah...saper suh perasan sgt

    14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

cuba try test tengok

    15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

namanya malas........

    16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

tadik sombong....nie sibuk carik balik

    

    17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

jumpa tak bomoh pun tak ble?

    18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

tanyer pada siapa?

    19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

apa barang tiru buku..tak ori

    20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
    dirinya sendiri.

cemburu tak habis habis

    21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

hmm..kalau lekali buat gitu..kata gatal

    22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

hai!!!

    23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

walaupun dia lalu di jalan byk tahi lembu?

    24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

saper suh carik kawan yg cantik....huhuh

    25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

kompromi?....megi goreng ker tuh?

    26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

mana boleh....kene cintakan agama juga..separuh separuh laaaa

    27.Senjata wanita adalah airmata!!

ble buat jadik peluru ker?....

    28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

walau pun ader kawan hindu yg nama ragu?

    29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

skrg byk wanita pikat lelaki....(mata duitan)

    30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Dr mohd khalid jiwa ker?

Teman



Teman..
Sudah semakin jauh kita lewati maya ini
tanyalah pada diri
apakah amalan akhirat kita
sama jauhnya dengan perjalanan ini
banyakkah bekalan kita
untuk dipersembahkan kepada Allah?

Teman...
Ketahuilah bahwa kita
semakin hampir pada noktah kehidupan
senja pasti berlabuh
malam tentu membuka pelabuhannya
esok pagi datang mengikut ketentuan-Nya
begitulah sunnatullah
yang diatur oleh Yang Maha Kuasa
bersediakah kita menempuh
malam yang gelap pekat
tanpa sepalit cahaya buat panduan
tiada jua simpati dari sesiapa
melainkan amalan solehmu...

Teman...
Sedarlah bahawa kita
pasti pergi jua dari sini
meninggalkan semua yang menjadi kesayangan
membakar tiap kerinduan dan kasih sayang
pertemuan selalu menjanjikan perpisahan
hidup kita adalah untuk mati
dan mati itu datang dengan tiba - tiba
tanpa menanti sesiapa
tanpa diberitahu bila dan di mana
tanpa mengira miskin atau kaya
tanpa jua mengenal tua mahu pun muda

Teman...
Segeralah!!
nyalakan iman di dada
kumpulkan amalan buat penyelamat
tegakkan ibadah penuh sungguhan
jangan cuba menghitung pahala
bilanglah dosa yang dilakukan
bersama sisa - sisa usia yang ada
dan sambutlah ''Sakaratulmaut"
dengan sekuntum senyum dan ketenangan
di sana ada nikmat yang menunggu....
InsyaAllah.. .

Surat Cinta untuk Ex-Girl Friend

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika
nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama
molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali
perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan
shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,
kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut
dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku
umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet
Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan
seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur
sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah
secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku
menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke
ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi
berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan
hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita
bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan
stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas
helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata
sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1
ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila
terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri
ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik
untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada
tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di
dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku
cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,
tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah
empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa
setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan
terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas
belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu
berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor
anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar
Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis
pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat
dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya
insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,
Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti
yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan
kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi
telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun
luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah
pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk
dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini
aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada
kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar
Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari
bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil
keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku
berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya
kepadamu. Nak tak?

Friday, September 25

SURF JUNKY




HOW TO MAKE MONEY

Assalamualaikum & Salam sejahtera
HANYA DENGAN SIGNUP TANPA MODAL ANDA AKAN DIBAYAR

Kalau anda berminat, layari website di atas

Apa yang perlu anda buat ialah:

1. Sign up/daftar (percuma)
2. Log in setelah daftar
3. Klik pada bahagian "EARN MONEY"
4. Klik pada petak kosong (I agree and understand the requirements to maintain an active account) dan klik pada "CLICK HERE TO START SURF JUNKY JUNKY BROWSER" yang keluar.
5. Satu halaman web akan dibuka (Jangan tutup web ini,begitu juga dengan talian Internet). Biarkan web ini BUAT DUIT UNTUK ANDA SECARA AUTOMATIK

Anda dibayar USD0.45 (RM1.62) bagi setiap jam program
ini berjalan. Bermakna anda boleh dapat sehingga dapat
RM38.88 sehari (RM1.62 x 24jam = RM38.88). Ini
bermakna sebulan anda boleh dapat sehingga RM38.88 x
30hari = * RM1,166.40 * WOW!!

Atau anda biarkan program ini berjalan semasa anda
bekerja di pejabat. Kalau sehari kerja 8 jam & kerja
24 hari sebulan, anda akan dapat :-
RM1.62 x 8jam x 24hari = * RM311.04 *

6. Untuk melihat pendapatan anda Klik pada bahagian
"STATISTIC".
KAEDAH PEMBAYARAN (melalui Paypal /Cheque /Stormpay/E-
gold)

Selain itu, promosikan weblink anda setelah mendaftar.
Jika orang lain mendaftar bawah anda, pendapatan anda
akan bertambah. Anda dibayar sebagai komisen kerana
mempromosikan pengiklanan tersebut.

Tak rugi pun nak mencuba bukan kena keluar modal pun.
Siapa nak bagi duit percuma ini, di atas usaha anda
yang sedikit ini

http://www.surfjunky.com/?r=Mist3ri

Friday, September 18

Jatuh Cinta atau Jatuh Simpati ?

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan 'arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

"Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung."

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, "Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu."

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: "jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat."

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

BURUNG KENEK-KENEK, WARNA MERAH HATI...

Setiap kali inilah persoalan yang timbul. Betul ke aku ini cucu nenek? Kalau ya, kenapa aku dilayan seperti penumpang kelas tiga di rumah besar ini. Dulu aku sedikit pun tidak kisah dengan layanan nenek. Dulu kami tinggal di rumah yang berasingan, di bandar yang berasingan pula. Bagaimanapun sejak ayah meninggal, kami terpaksa berpindah ke rumah besar nenek.

Rumah ini sungguh unik. Usianya melebihi 150 tahun dan dibuat daripada kayu cengal dan meranti. Halaman rumah ini juga luas, seluas padang bola di sekolah baru aku. Bilik-bilik pun banyak dan begitu juga dengan jendelanya. Kebanyakan jendelanya ada ukiran kayu yang cantik-cantik. Malah kadang-kadang aku terfikir, nenek sungguh berani tinggal berdua sahaja dengan pembantunya yang setia, Mak Leha, di rumah yang menggerunkan ini. Bagiku, rumah yang tidak bercat ini sungguh menyeramkan.

Dulu semasa ayah masih ada, kami akan menziarahi nenek pada setiap hari Raya sahaja. Nenek tidak menyukai kami. Walaupun ibu merupakan satu-satunya anak perempuan nenek tetapi nenek tidak menyukainya. Nenek lebih menyayangi Pak Long, anak sulungnya. Aku selalu gementar apabila ke rumah nenek. Nenek bukan sahaja cerewet tetapi sangat garang. Tetapi nenek sebenarnya cuma garang dengan aku dan Kak Lida, tidak dengan anak-anak Pak Long.

Aku dapat rasa perbezaan sikap nenek terhadap kami, berbanding kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi untuk anak-anak Pak Long. Nenek ada nama timang-timangan yang khas untuk mereka. Kak Nina dipanggil Sayang. Kak Zura pula digelar Intan dan Laila pula sebagai Manja. Rumah Pak Long berdekatan sahaja dengan rumah nenek.

Jadi sejak dulu lagi rumah nenek menjadi markas untuk anak-anak Pak Long bebas bermain. Sedangkan kalau dengan kami nenek akan berleter, rumah ni bukannya tempat untuk berlari-lari. Sedari awal lagi aku tidak menyukai nenek. Entah kenapa ada dendam yang tidak dapat aku luahkan. Mungkin kerana nenek tidak suka pada ayah dan ibu menyebabkan aku jadi berdendam pada nenek.

Sejak aku mula menjadi penghuni tetap rumah besar nenek, jiwa ku tidak tenang. Nenek adalah anak orang kaya pada zamannya. Dia biasa dilayan seperti anak-anak raja. Kini aku pula menjadi seperti salah seorang dayang-dayang nenek sahaja. Semua kata-kata nenek merupakan 'titah perintah' nenek. Tiada siapa yang berani ingkar. Aku hairan melihat ibu begitu taat pada nenek walaupun nenek sering memarahinya. Ibu tidak pernah melawan perintah nenek.

Ibu selalu berkata, "Macam mana pun nenek tetap emak ibu. Dialah yang melahirkan ibu, Husna."

Aku kagum melihat sikap ibu yang begitu sabar. Sedangkan aku sendiri dapat rasakan tidak lama lagi pasti akan meletus perang besar antara aku dan nenek. Cuma hari, tarikh dan masanya belum ditentukan lagi ….

* * * * *

Pagi Sabtu itu datang seperti selalu. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Di rumah ini tiada siapa pun yang bangun lewat.
"Bangun awal murah rezeki," kata ibu selalu.
Pesanan nenek kepada ibu kini diserapkan kepada aku dan Kak Lida pula. Ibu telah mula bekerja sebagai penolong pengurus di ladang kepunyaan nenek. Mak Leha pembantu rumah nenek sibuk dengan kerja-kerja dapur sejak pagi tadi. Aku sudah bersarapan dan bercadang untuk membantu Mak Leha mengemas.

Cuaca pagi itu indah sekali. Burung-burung berterbangan di dada langit yang biru. Sang Burung bersiul dan berkicau tanpa henti. Cuaca yang ceria di luar sedikit pun tidak menggembirakan aku. Aku terkenang kepada ayah yang telah pergi. Ayah … Husna tidak suka tinggal di sini, bisikku dalam hati. Tetapi inilah wasiat ayah, kami mesti kembali tinggal dengan nenek apabila ayah meninggal. Alangkah bertuahnya Kak Lida kerana dia tinggal di asrama. Kak Lida boleh bebas dari cengkaman nenek. Sedangkan aku ….

Aku teringat peristiwa semalam yang masih menghantui aku. Pak Long sekeluarga makan malam di sini. Selepas makan, kami berkumpul di ruang tamu. Nenek mengeluarkan kotak kayu berukiran dari biliknya. Aku duduk bersimpuh dekat ibu, sambil memerhati nenek membuka kotak barang kemas itu. Alangkah cantiknya barang-barang pusaka itu.

Nenek mula membahagi barang-barang kemasnya. Kak Nina mendapat rantai labuh dengan loket batu delima yang cantik. Kak Zura pula mendapat dua bentuk gelang antik dari emas padu. Malah Laila yang sebaya dengan aku pun mendapat subang berlian. Aku sendiri terliur melihat kerongsang tiga serangkai nenek. Kerongsang untuk disemat kepada kebaya itu, cantik buatannya.

Nenek langsung tidak memandangku. Kerongsang indah itu diserahkan kepada Kak Nina. Gadis berusia 15 tahun itu, mencium nenek. 'Berilah padaku, aku juga cucu nenek.'- Jerit hatiku.

"Sayang kongsi dengan Intan dan Manja," kata nenek.
Nenek seolah-olah cuba menyakiti hatiku. Walaupun aku baru berusia 12 tahun, tapi aku juga ada baju kebaya. Kerongsang itu memang padan betul dengan kebaya merahku. Kebaya yang arwah ayah beli itu, baru sekali aku cuba. Aku baru bercadang-cadang untuk menyuruh ibu belikan aku kerongsang tiga serangkai.

"Asma, mak tak bagi apa-apa lagi untuk kau anak beranak. Yang dulu mak bagi masa kau kahwin pun, ayah budak-budak ni gadai sampai lelap." Kata nenek sebelum menyimpan kotak kayu dalam biliknya semula.
Aku lihat muka ibu berubah. (Aku tahu juga tentang itu, ibu sudah bergadai-bergolok untuk membiayai perubatan ayah sejak bertahun-tahun.) Kasihan ibu dimalukan begitu depan keluarga Pak Long.

Ibu yang menjadi anak perempuan nenek selama 33 tahun pun tidak dapat apa, inikan pula aku. Tetapi melihat Mak Long mendapat bahagiannya, aku jadi cemburu semula. Tak adil betul, ibu kan anak nenek. Mak Long tu kan sekadar menantu nenek. Aku menyimpan dendam lagi.

* * * * *

Sejak nenek sakit ni, hatiku berbelah bagi. Ada rasa senang kerana tidak dileteri. Tetapi timbul juga rasa simpati. Suara nenek pun tidak sekuat dulu lagi. Jika tidak setiap petang:
Husna, jendela sudah tutup?
Husna, jemuran sudah diangkat?
Husna, kelambu sudah digantung?
Husna, ayam sudah di reban?
Husna, pagar sudah dikunci?
Husna, pokok bunga sudah disiram?
Husna INI. Husna ITU. Semua Husna.

Kalau hendak menyuruh semua Husna. Kalau hendak disayangi tentulah anak-anak perempuan Pak Long, rungut hatiku.

Sebenarnya tidak perlu diulang-ulang pun aku sudah tahu tanggung jawabku. Sejak berpindah tinggal bersama nenek di sini, itulah tugas tambahan aku. Selepas makan nasi, akulah yang mengemas meja dan membasuh pinggan mangkuk. Sebahagian tugas-tugas Mak Leha, tanggung jawab aku juga. Kalau tidak nenek akan menyalahkan ibu, tidak pandai mengajar anak perempuan, konon.

Nenek masih di katil. Sudah dua hari nenek demam. Aku tidak berani mendekatinya. Dia akan marah kalau aku ke biliknya. Macamlah aku hendak mencuri kotak barang kemasnya. Dari anjung depan aku dengar nenek batuk-batuk sahaja. Mak Leha, pembantu rumah nenek masih di luar agaknya. Mungkin menyapu daun-daun pokok jambu di belakang rumah. Semalam hujan lebat, tentu banyak daun dan buah jambu yang gugur. Aku cuba membaca buku cerita. Tetapi batuk-batuk nenek makin kuat dan menggangguku. Hatiku berbahagi dua.

Ada suara menyuruh aku menjenguk nenek.
Ada suara menyuruh aku mengabaikan nenek.

Dalam berperang dengan diriku. Aku dengar ada benda jatuh. Aku cepat-cepat ke bilik nenek.

"Hei, ambil aku air suam." Kata Nenek, sambil memandangku.
Nenek lebih suka membahasakan dirinya sebagai 'aku' kalau dengan kami. Kami bukan sahaja tiada nama timangan macam anak-anak perempuan Pak Long malah kadang-kadang dipanggil 'Hei' atau 'Hoi'.
Aku cepat-cepat ke dapur. Mencari termos air suam. Kemudian membawanya kepada nenek. Tanpa mengucapkan terima kasih, nenek meneruskan tidurnya.

Aku hairan dengan sikap nenek. Kalau dengan Kak Nina, Kak Zura dan Laila nenek boleh bermanis muka. Menunjukkan mesra. Memuji mereka berulang kali. Tetapi dengan kami sebaliknya, nenek akan masam mencuka apabila terpandang wajah aku atau Kak Lida.

Walaupun dia membenci kami, dia tetap nenek kami.
Walaupun sebesar mana marahnya kami kepada nenek, dia tetap nenek kami.
Itulah pesan ibu selalu. Inilah yang membuat aku rasa serba salah, antara dendam kepada nenek. Dengan rasa tanggungjawab yang diamanahkan oleh ibu untuk aku.

* * * * *

Nenek batuk dan kadang-kadang mengerang kesakitan. Aku bergilir-gilir menjaga nenek dengan Mak Leha dan ibu. Sebelah malam pun begitu, kami berganti-ganti tidur dengan nenek. Semenjak nenek sakit, balik saja dari sekolah, akulah yang ditugaskan menemani nenek. Tentu sahaja mula-mula tugas itu menjadi beban ke padaku …. Cucu-cucu kesayangan nenek yang bertiga itu sudah lama tidak kelihatan. Bayang-bayang mereka pun tidak nampak.

Aku memandang jam. Sudah sampai masanya nenek makan ubat.
"Nenek makan lah bubur ni. Sudah sampai masanya nenek makan ubat." Kataku perlahan. Tentu sahaja tidak mesra.
Nenek membuka matanya. Aku jadi simpati melihat matanya yang sayu. Mukanya cengkung sehingga kelihatan kedut-kedut kasar di wajah nenek. Rambut nenek juga kusut kerana banyak dibawa tidur. Sudah dua minggu nenek terlantar.

"Sayang ke?"
Hatiku jadi cemburu. Biar macam mana pun, Kak Nina yang langsung tidak menjenguknya itulah yang diingat selalu.
"Husna, nenek." Tegasku.
"Intan dan Anja mana?" Tanya nenek lagi.
Mahu sahaja aku menjerit di telinga wanita itu. – "Sejak nenek sakit, mereka tidak pernah datang." –

Aku melihat perubahan pada wajah nenek. Mungkin tidak suka memandangku. Hatiku tersentuh. Walaupun aku belum cukup dewasa, aku tahu juga pedihnya apabila kecil hati. Mujurlah ibu seorang yang penyayang dan adil. Aku dan Kak Lida tidak pernah merasa tersisih atau merasakan salah seorang dilebihkan.

Mahu sahaja aku meninggalkan nenek seorang diri. Membiarkan dia sakit tanpa ditemani. Baru padan muka. Nenek memang tidak pernah adil pada aku. Aku ada banyak alasan untuk tidak menjaga nenek. Misalnya, nenek pernah marah padaku berhari-hari lamanya walaupun hanya sebiji cawannya pecah, sedangkan dalam almari ada berpuluh cawan lagi. Nenek akan berleter panjang kalau aku berani masuk ke biliknya. Sedangkan anak-anak Pak Long bukan setakat bebas masuk ke bilik itu, malah dapat main berlari-lari pula. Nenek tidak adil.

Untuk menggembirakan hati kami yang sakit, aku dan Kak Lida mencipta pantun-pantun lucu untuk mengejek nenek secara diam-diam. Tentu sahaja tanpa pengetahuan ibu ….

Burung Kenek-kenek, ada warna merah,
Masuk bilik nenek, nenek jadi marah.

Burung Kenek-kenek, ada warna kuning,
Masuk bilik nenek, tengok nenek pening.

Burung kenek-kenek, ada warna kelabu,
Masuk bilik nenek, nenek terus serbu.

Burung kenek-kenek, ada warna putih
Masuk bilik nenek, jenguk nenek letih.

Burung kenek-kenek, warna merah hati,
Masuk bilik nenek, lihat nenek MATI.

Kerana pantun itukah nenek sakit tidak kebah-kebah. Aduh, aku sekadar bergurau-gurau sahaja. Sekadar melepaskan rasa marah. Malah aku tidak pernah tahu pun adanya burung kenek-kenek. Kalau lagu 'Kenek-kenek Udang' adalah. Itu pun aku tak tahu apa maksudnya.

Husna memandang nenek. Mereka saling bertukar pandang. Husna mendekatkan sudu kecil berisi ubat di mulut nenek. Husna menyuap ubat berwarna oren itu ke mulut nenek. Husna sudah lupa dia benci dan dendam kepada nenek tua yang terlantar di depannya.

"Oh,Tuhan, kau sembuhkanlah nenek." pinta Husna sungguh-sungguh.
"Kalau nenek sembuh, aku janji tidak akan nyanyi lagi lagu Burung Kenek-kenek, Warna Merah Hati …"

* * * * *

Nenek telah sembuh dari sakitnya setelah lebih dua bulan terlantar di tempat tidur. Nenek tidak perlu dirawat di hospital kerana sakitnya tidak serius. Sakit orang tua sahaja, kata Doktor Rashed. "Sakit nak bermanja, dengan Husna," bisik doktor tua itu separuh mengusik. Hati jadi berbunga.
Bagaimanapun sejak nenek sembuh aku jadi janggal. Tiba-tiba aku dibebaskan dari tugas menemani nenek. Aku sudah tidak diperlukan lagi. Aku bukan lagi 'jururawat peribadi' nenek. Juga bukan dayangnya lagi. Nenek sudah tidak memanggilku lagi….

Anak-anak Pak Long mula menghampiri nenek semula. Dengan senyum manis dan manjanya mereka mengelilingi nenek. Memicit-micit lutut yang sudah sembuh. Menyisir rambut yang sudah sedia rapi. Mengupas buah seperti tangan nenek sudah lumpuh. Semasa nenek sakit dan rindukan mereka pelbagai alasan diberi. Nina ada ujian, nenek. Zura banyak homework, nenek. Laila kena berlatih koir, nenek. Mereka ada-ada sahaja alasan untuk mengelak daripada menjaga nenek.

Aku jadi rindu pada arahan-arahan nenek.
Husna, picit kaki nenek!
Husna, kupaskan buah untuk nenek!
Husna, suapkan ubat nenek!
Husna, nenek nak buang air!
Husna, sisir rambut nenek!
Husna, pimpin nenek ke anjung
Husna ITU. Husna INI. Semua Husna.

Husna jadi seronok bersama nenek. Husna mula berkongsi cerita dengan nenek. Nenek pula mula berkongsi pengalaman dengan Husna. Mereka telah berkongsi resipi-resipi lazat keluarga. Tetapi semuanya tidak kekal lama, baru sahaja dia hendak rapat dengan nenek … nenek sembuh semula. Bukankah dia yang mendoakan nenek cepat sembuh?

Husna mula rindukan bau minyak angin nenek. Husna teringin lagi untuk menyisir rambut nenek yang panjang dan beruban. Apalagi memicit kaki dan lengan nenek. Menyuapkan bubur ke mulut tua itu. Juga menemani nenek ke bilik air.
Cakaplah siapa yang bersihkan najis dulu? Tentu bukan Sayang, bukan Intan dan bukan Anja. Namun hari ini lihatlah nenek duduk bermesra dengan si Sayang, si Intan dan si Anja …. Husna rasa tersisih dan tersinggung. Nenek masih tidak berubah. Kasih sayangnya hanya untuk anak-anak Pak Long!

Perlahan-lahan Husna berjalan ke anjung rumah. Dia ingin lihat matahari terbenam. Dulu … sebulan yang lalu (apabila nenek sudah mampu bangun dari tidur) dia selalu menemani nenek melihat matahari terbenam. Sinar tembaganya sungguh cantik. Mereka suka melihat burung-burung pulang ke sarang. Indahnya saat itu.

Husna teringat janji nenek semasa dia masih sakit. Nenek akan menemani Husna melihat bulan mengambang apabila nenek betul-betul sembuh nanti. Bukankah lusa 13 hari bulan dan bulan akan mula mengambang? Masihkah nenek ingat pada janjinya?

* * * * *

Husna duduk keseorangan di anjung rumah. Membuka jendela dan membiarkan cahaya bulan menerobos masuk sebebas-bebasnya. Sewaktu kecil dulu, Husna selalu menyangka di bulan tinggalnya tuan puteri. Budak perempuan yang baik akan menjadi puteri. Husna teringin menjadi tuan puteri.

Husna rasa sunyi dan sepi. Kak Lida tidak pulang minggu ini. Ibu pula sekarang ini sibuk dengan urusan ladang. Mak Leha masih bercuti. Sedangkan nenek masih berkurung di biliknya.

Husna asyik menatap indahnya bulan ciptaan Tuhan tanpa sedar nenek berdiri di belakangnya.
"Husna."
Husna beralih ke belakang. Dia tidak mudah terkejut. Rumah ini tidak lagi menggerunkannya lagi. Melihat wajah nenek, Husna jadi gembira.
"Puas nenek mencari Husna. Kenapa Husna tidak ke bilik nenek lagi? Nenek jadi rindu." Kata nenek perlahan, tetapi menusuk lembut ke hati Husna.
"Maaf, nenek lupa janji kita di sini. Bukankah belum 15 hari bulan." Kata nenek lagi.
"Walaupun baru 13 hari bulan, bulan sudah mengambang penuh, nenek." Balas Husna.

Nenek memandang Husna. Hati Husna selembut hati ibunya. Nenek bangga memiliki cucu sepertinya. Husna baik hati, rajin dan sabar melayan segala karenah nenek. Marah nenek kepada ibu Husna telah berakhir. Dulu nenek sekadar berkecil hati kerana Asma meninggalkannya dan berkahwin dengan Hakem dalam usia muda. Sekarang nenek mula sayang kepada mereka. Kasihan sungguh, tidak semena-mena anak-anak Asma dan arwah Hakem menjadi mangsa kemarahannya selama ini, keluh nenek.

Betapa luhurnya budi dan kasih sayang Asma dan Husna kepadanya. Semasa dia terlantar sakit merekalah yang merawatnya. Husnalah yang bersengkang mata menemaninya saban malam. Husnalah yang tahan dengan cerewetnya. Sedangkan cucu-cucu kesayangannya; Nina, Zura dan Laila jarang menjengah. Husna ikhlas, walaupun dia tidak pernah hadiahkan apa-apa kepada Husna. Husnalah cucu sejati. Nenek jadi terharu mengingati kebaikan Husna.

"Terima kasih Husna, nenek sangat sayang pada Husna." Kata nenek sambil memeluk erat Husna.
Air matanya mengalir deras, membasahi bahu pijama Husna.
"Kaulah jantung hati nenek!"
Husna jadi girang. Betullah dia bukan Sayang, Intan atau Manja nenek tetapi dialah 'Jantung Hati' nenek. Tempat yang penting dalam jasad nenek. Husna rasa sungguh bahagia dan terharu.

Husna tidak kecil hati lagi kalau dia tidak memiliki kerongsang tiga serangkai nenek. Yang penting, sahlah dia sudah berdamai dengan nenek. Malam ini juga dia akan menulis pada Kak Lida.

(Kak Lida, ingat tak pantun kita? Kini cuma satu rangkap yang tinggal. Tetapi baik pantun itu sudah Husna baiki. Dengar ya kak…)
Burung kenek-kenek, warna merah hati,
Masuk bilik nenek, lihat si jantung hati!

T A M A T
.

Berkat sayang, muliakan kucing

Kisah Dari Tanah Suci: Berkat sayang, muliakan kucing

Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s. a. w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu. Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah. Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar. Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah. Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda. Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s. a. w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin.

Petua menghadapi Pertengkaran

Hakikat Pertengkaran

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.





Petua menghadapi Pertengkaran

Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara bersama.

Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama Kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.

Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.

Petua menjadi lelaki pilihan

Ciri-ciri lelaki pilihan

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya

2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama

3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup

5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran

6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat

7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu

8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela

9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik

10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf

11. Berhemah tinggi dan cermat

12. Sentiasa tenang dan waspada

13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri.





Lelaki pilihan wanita

1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab

2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang

3. Berpendirian teguh

4. Bersikap terbuka dan matang

5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita

6. Mempunyai sifat kepemimpinan.

7. Boleh berbincang dan berterus terang

8. Penyabar

9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas

10. Cerdik dan bijaksana

11. Peramah dan mesra

12. Kerjaya yang terjamin

13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Petua mengetahui cinta pasangan hidup

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

Ø Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

Ø Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

Ø Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

Ø Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

Ø Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.

Ø Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.

Ø Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

Ø Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

Ø Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

Ø Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.

Ø Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

Ø Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

Sunday, September 13

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di
akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya

dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh

dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap

imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam

semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Azab Ketika Koma

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan
masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu
saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di
Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di
Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun
masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan
jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan
haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas.
Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan
haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami
menuju ke Madinah.Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami
sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.
Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran
wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi
Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.Sebagai orang
yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke
arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang
lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua
jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat
tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa,
kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang
terletak tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke
tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi
koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya
terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.Namun
dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk
mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas
dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas,
maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi
seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka
wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan
lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk
memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk
mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke
Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu
oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata
doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan
untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari
sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk
saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya
terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia
tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan..
kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda
yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul
taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada
saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil
iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga,
kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam
pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak
sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak
terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga
nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada
sesuatu ke yang kakak alami semasa akit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Mazlan...Allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma
tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala
kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah
tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan
balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur
hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarik
dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.
Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan
penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus,
jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
main.

Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam
api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan
pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus
bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia
tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada
hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang
amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak
bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak
diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti

nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa
seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak
boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung,
menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya
dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu
sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni
nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala
macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa
tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri
tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu
makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja
buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke
perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula
duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja
buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api.
Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan
kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak
akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta
minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat
dari nanah.Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat
dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh
kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak
akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat
yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung
segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,
akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha
agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan
kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat
kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih
macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi
kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"
katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya
ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak
henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu
maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang
subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga
juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,
makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan
semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam
Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya
dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan
dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah
dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi
saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga
mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab
tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu,
Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada
perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada
mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai
seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa
diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap
sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang
lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10
orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakakini, bermakna
kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau
seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu
sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong
dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat
ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu
Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja,
kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang
wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang
benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya
diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar.
Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab
yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah
ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu
percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku
menyesal..." itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM
SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Kasih Allah pada wanita




Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya. "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba' diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Sesungguhnya Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Nabi Isa a.s dengan orang mabuk cinta

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."